Langsung ke konten utama

Pengumpulan Makalah dan Puisi Pribadi Melayu

Penulisan Makalah

Urusetia Seminar mengalu-alukan penyerahan makalah mengenai pantun yang belum diterbitkan lagi untuk tujuan penerbitan buku sempena seminar ini. Makalah untuk buku akan diwasit.

Makalah hendaklah berasaskan kepada tema dengan berfokus kepada subtema seminar. Panjang makalah ialah antara 10-12 halaman, menggunakan fon Times Roman, Saiz 11 dan ruang selang sebaris.

Makalah juga hendaklah ditulis dalam format penerbitan ilmiah yang lazim. Sumber rujukan hendaklah lengkap dan jelas.

Objektif

Mengumpul ahli pemikir serta pengamal pantun Melayu untuk menilai kedudukan pantun Melayu semalam, hari ini, dan esok
Mendokumentasi maklumat mengenai sejarah dan budaya pantun dalam Alam Melayu
Membina jaringan ilmu dan maklumat mengenai pantun Melayu
Mengkhazanah pantun Melayu dalam bentuk digital untuk dirakyatkan
Sub-Tema

Pantun dan sejarahnya
Pantun dalam pemikiran serta jatidiri Melayu
Pantun dalam adat resam rasmi Alam Melayu
Pantun dalam lingusitik Melayu
Pantun dalam perayaan di Alam Melayu
Pantun dalam dunia sains dan teknologi
Tarikh akhir penyerahan makalah untuk buku ialah 7 Disember 2007. Semua makalah dalam bentuk fail MS Word boleh dihantar terus kepada:

Sekretariat
Seminar Pantun Melayu 2007
Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan.


atau email: seminarpantun@ gmail.com




PENGUMPULAN KOLEKSI PANTUN PERIBADI

Pihak Sekritariat juga berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat menyumbangkan koleksi pantun peribadi Tuan/Puan kepada kami. Untuk makluman Tuan/Puan, kami masih lagi mengumpulkan koleksi pantun bagi menjayakan projek "Sejuta Pantun Melayu" [ http://www.malaycivilization.com ]. Segala pantun yang diterima akan di upload di portal, maklumat dan sumber pantun akan direkodkan.

Usaha ini dilakukan bagi membantu mengekalkan budaya berpantun dan sebagai sumber rujukan bagi generasi muda agar tradisi lisan pantun dapat dipelihara sebagai seni warisan bangsa yang tidak ternilai harganya.

Berkenaan dengan koleksi pantun peribadi, Tuan/Puan boleh menghantarkan samada dalam bentuk softcopy (Email: seminarpantun@ gmail.com) atau hardcopy di alamat:

Sekretariat Seminar Pantun Melayu 2007
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan.

Kerjasama dari pihak Tuan/Puan amat kami hargai.


Sekretariat
Seminar Pantun Melayu
ATMA

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Membincang Telimpuh Hasan Aspahani

Membaca puisi-puisi dalam Telimpuh, kumpulan puisi kedua Hasan Aspahani, ibarat menyimak percakapan yang digambar dengan berbagai teknik dan dipulas dengan warna-warna yang melimpah. Tengok saja: ”Lupakan aku,” ujarmu dengan suara pipih dan lembab di bingkai pertama, balon percakapan itu tiba-tiba pecah dan menjelma kabut, juga dingin dan kata-kata di dalamnya jadi percik rintik. Aku menggambar payung untukmu, tapi kau menolak dan meminta aku memelukmu: ”Biarkan aku basah dan hilang dalam sejarah ingatanmu.”

Secangkir Kopi Sepagi Ini

Bagian-bagian tubuhku telah bersetubuh dengan baju-baju Yang kau kenakan Aromanya masih bersatu dengan Lendir, liur, dan sisa-sisa ompol Lalu kita buang bersama baju-baju itu Dan bersiul girang Segera kau kenakan pakaian seadanya Pergi menjemput pagi Aku hanya menatap kau mendekati pintu Dan menyesali pintu itu kau tutup Kau hanya tersenyum genit dan berkedip Seraya berkata bahwa reformasi belum usai, tuntaskan revolusi Aku hanya tercengang, mulut ini tak hendak terkatup Seandainya kau membuat kopi sepagi ini Sepertinya hari ini kulalui dengan senyum Ah, tapi kau biasanya menyergah dengan Makian-makian dan menarikku untuk turun ke jalan Membentangkan spanduk, mencatat peristiwa-peristiwa Membawa megaphone, atau berteriak lantang Sesiang panas ini Orde-orde itu tak beranjak tumbang Lalu kau bekap mulutku dan menyerang otakku Supaya tidak pesimistis Pikiran-pikiranku kau susun kembali dan Kau ajak untuk berkeliling melihat-lihat Bermesraan bersama beberapa yang tersingkir Aku larut kemba...

Dirimu ada di hati ini

  Bila jalan ini yang tlah kau beri hamba mu ini dengan gigih kan telusuri meski harus sulit nya menghadang smuanya itu kan ku terjang bayang mu hadir menjelma dikala aku terjaga yang menaungi perasaan jiwa kau bawakan segudang keindahan seberkas putih menyelimuti kemurnian perasaan hati merantai seakan turun.... ungkapkan sgala makna bayang mu tak pernah pudar... berikan kedamaian hati percikan sinar abadi yang menyentuh skujur tubuh dirimu tlah ada mengendap dalam hati ini seiring laju darah yang menggolak di tubuh.... takkan luluhkan semangat tuk gapai asaku terjang sgala rintang tuk ketuk pintu hati mu percayalah..... percayalah duhai dambaan ku...... hadirmu takkan pernah terganti karena dirimu ada di hati ku......